Wednesday, 5 April 2017

RAWAT ECZEMA AGAR KULIT KEMBALI SIHAT DAN CANTIK

Lama tak update kat sini...😀
Tahun lepas Akak ada bagitau yang Akak ni dulu ada eczema kan..

Akak start kena waktu sekolah menengah.. Tp masa tu belum tau yang itu adalah eczema.. Sebab jarang2 je kena..

Start keje, masa ni lah eczema semakin kronik sebab aircond buatkan kulit Akak jadi kering.. Dan eczema yang Akak kena tu jenis eczema kering.. Memang cepat sangat merebaknye.. Bila kering, gatal pun jangan cakap lah.. Memang tak tahan..

Pernah diberitahu seorang doktor ni, kalau nak kurangkan cuba pantang makan daging.. Makan sayur saja dalam masa 3 bulan.. Tak pasti setakat mana keberhasilan dia sebab Akak cuma dapat buat tak sampai sebulan pun.. Tak sanggup.. Hehee..

Akak pergi ke klinik pakar kulit dan diberitahu yang eczema ini tidak dapat disembuhkan sepenuhnya.. Tapi tak perlu risau.. Rawatan yang sistematik dapat meminimumkan kesan ekzema ni dan mengelakkan daripada terus merebak dan menjadi kronik..
Macam ni la eczema kat tangan Akak..
Kat kaki pun ada tau.. Lebih kurang macam ni lah..

Punca sebenar terjadinya eczema ni belum dikenalpasti..

Namun terdapat beberapa kajian yang dibuat, menyatakan antara faktor-faktor yang menjadi punca kepada eczema ini termasuklah:

⏺penggunaan sabun dan detergen
⏺keadaan cuaca yang panas
⏺kuat berpeluh
⏺alergik kepada alam persekitaran
⏺alergik bila memakai barang kemas
⏺alergik kepada fabrik pakaian yang tertentu
⏺berada dalam keadaan stress
⏺barang kosmetik yang tidak sesuai
⏺air berklorin tinggi

Selain mengelakkan punca pencetus ekzema diatas, boleh cuba lakukan rawatan berikut..

1. Kekalkan kelembapan kulit dengan menyapu krim atau losyen pelembap..
2. Pakai pakaian yang diperbuat daripada kapas, longgar dan lembut..
3. Gunakan sabun yang lembut atau sabun organik yang bebas pewangi, SLS, serta bahan kimia berbahaya..
4. Jika cuaca panas dan kering, gunakan humidifier..
5. Sentiasa pastikan kuku pendek untuk elakkan menggaru sampai berdarah..
6. Dapatkan rawatan di klinik ataupun hospital, dan biasanya doktor akan bagi krim dan ubat untuk mengurangkan simptom dan keradangan ekzema..
7. Ada kajian menunjukkan pengambilan probiotik dapat mencegah daripada serangan ekzema.. Makanan probiotik bertindak meningkatkan imuniti dan suasana dalam gastriontestinal yang mesra dan dapat melawan alergen..
Contoh makanan probiotik ialah yogurt, sup miso, keju lembut, kefir, tempe, jeruk masam..

Selain dari cara diatas, Akak amalkan supplement ni..


ESP:
Sumber protein soya tulen yang jadi asas pembinaan semua sel-sel dalam badan kita ni. Kurang protein menyebabkan sel susah nak membahagi, dan ia tak dapat zat yang cukup untuk berganda secara sihat.. Protein juga bantu kuatkan sistem imun kita..

Omega Guard:
Sumber omega 3 yang tulen, bersifat anti-inflamasi atau anti-radang.. Ia akan halang pembengkakan, gatal-gatal, dan memang akan kuatkan imun kita.. Bagus bagi makan Omega juga kalau ada anak yang menghidapi ekzema..

Vitamin C:
Vitamin antioksidan yang bertindak menguatkan sistem pertahanan tubuh kita melawan serangan alergen, patogen, kuman, virus, mikrob dan makhluk-makluk halus yang merosakkan sel badan kita.. Kulit akan lebih cantik, sihat, lembut dan lembap.

Herbal Blend:
Krim lembut berasaskan tumbuhan yang bebas steroid, paraben dan bahan kimia berbahaya ni membantu melegakan kegatalan dalam masa singkat.. Juga melembap dan melembutkan kulit.. Boleh digunakan bila-bila masa yang dirasakan perlu juga boleh digunakan sepanjang hari..

Ramai juga yang dah berhasil mengurangkan serangan eczema dengan set dari shaklee ni..


Dan sebenarnya untuk eczema ni ada beberapa set yang boleh di cadangkan..  Set yang di atas tu memang Akak amalkan sampai sekarang.. Alhamdulillah, memang mengurangkan kekerapan berlakunya eczema..
Dan asbab amalkan set ni jugak, asma Akak pun dah jarang menjengah..

InsyaAllah..
Siapa2 yang ada masalah yang sama boleh cuba dapatkan set ni dari Akak yer.. Bukan setakat nak menjual tapi nak kongsikan apa kebaikkan yang Akak rasa.. Biar sama2 rasa..



-Azian Hashim-
019-9939841
Pengedar Shaklee Malaysia
ID:1143610


1 comment:

  1. wahhh..mmg banyak feedback bagus tentang set eczema ni..nak cuba jugak

    ReplyDelete